Sunday, July 19, 2009

BeRaKhiRnya sUatu PeNantiAn yG mEndEbArKan

Assalamualaikum w.B.t.
Selamat bersua kembali....
Hari ini 19 Julai 2009....genap 9 hari sudah keputusan rayuan untuk kemasuakan ke universiti termpatan diumumkan..... Alhamdulillah...akhirnya...suatu penantian penuh debaran telah berakhir....berita gembira juga menampar gegendang telingaku tepat jam 12 tengah hari... aku diterima masuk ke salah sebuah universiti tempatan dalam jurusan yang saya idam-idamkan...
Segala proses pendaftaran....pemeriksaan kesihatan.....penempatan....dan sebagainya telah selamat di uruskan.....namun ada beberapa lagi urusan berkaitan yang masih belum diselesaikan....mudah2an Allah mempermudahkan aku dan rakan-rakan ku yang lain menyelesaikan urusan-urusan yang belum selesai....
Kini hanya menunggu masa dan ketika untuk aku memasuki kelas dan meneruskan pembelajaran sebagaimana rakan-rakan yang lain....
Aku memanjatkan 1001 kesyukuran kepadaMu Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku untuk menuntut ilmu Mu.....mudah2an Kau berikanlah kepadaKu kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi segala rintangan dan cubaan....Aku telah bersedia dari segi mental dan fizikal...maka hanya keberkatan dan kerahmatanMu aku dambakan untuk mengiringiku dalam perjuangan menuntut ilmu Mu....
Aku berjanji pada diriku untuk aku berusaha 100 peratus supaya aku mendapat keputusan cemerlang pada semester ini iaitu 4 flat....tidak kira bagaimana susah dan payah pun....akan aku harungi....kepadamu kedua orang tuaku yang banyak berjasa....akan aku buktikan pada kalian akan kemampuanku....dan aku akan berusaha untuk membuat kalian bangga mempunyai anak seperti aku.....


@fathi_haikal
Computer lab

Thursday, July 9, 2009

hAri yAnG mEnDeBarkaN

Assalamualaikum....
Selamat bersua kembali dalam ruangan alam maya ini....
hari ini 10 julai 2009...
Detik-detik yang mendebarkan semakin mencengkam hati sebahagian dari kita....
Hal ini kerana tepat jam 12.00 tgh hari...keputusan rayuan untuk kemasukan panggilan kedua ke universiti2 tempatan akan mula diumumkan...
akhirnya...debaran yang seringkali membayangi sebahagian daripada kita terlerai juga....
tinggal beberapa detik waktu...untuk dihitung dan dikira....serta dinanti.....

memang tidak dapat kita nafikan...sebahagian daripada kita menganggap keputusan ini amat penting dan berharga pada mereka bagi kelangsungan hidup mereka pada masa hadapan...oleh itu harapan dan doa saya pada mereka agar mudah2an....kita semua dimurahkan dan diperluaskan rezeki oleh Allah agar masing mendapat tempat untuk meneruskan pengajian....amin....

dan buat mereka yang bernasib baik pada hari ini...jangan lah anda berasa megah dan bangga...tetapi banyak2kanlah bersyukur kehadrat Allah Taala kerana memberi peluang kepada anda meneruskan pengajian anda.....dan dapat terus dan meneruskan perjuangan dan jihad kecil dalam mencari keredhaan Allah sendiri.....mudah2an Ilmu yang bakal anda pelajari nanti mampu memberikan 1001 manfaat dan faedah kepada anda....

dan teruskanlah berusaha dengan lebih gigih agar mencapai kejayaan yang membanggakan...demi agama islam, bangsa melayu, dan negara Malaysia..... jika tidak kita, sapa lagi???? yang menjadi sebagai pemangkin dan bakal pucuk pimpinan yang bakal menerajui negara tercinta ini....dan jika bangsa2 lain boleh mencapai kejayaan demi kejayaan kenapa tidak kita???? fikirkanlah......

akhirnya....setinggi2 ucapan tahniah kepada semua yang berjaya dan kepada yan tidak...jangan hampa dan teruskan perjuangan....mungkin ada yang lebih baik bagi kita.....yang penting ingatlah.... kita ini manusia yang lemah dan hina hanya mampu merancang dan membuat perancangan.....namun perancangan Allah bagi kita adalah yang terbaik....

@fathi_haikal
GHURFATI SHODIQI...

Saturday, July 4, 2009

kEmbALi bErtAUt...

Assalamualaikum...

seribu kemaafan dipinta kepada semua para sahabat....lama mendiamkan diri....kesempatan yang tidak tidak memberi peluang kepada diri ini untuk terus mengabdikan tinta2 hati di dalam blog ini...terlalu banyak
masyaqoh@kepayahan untuk meneruskan saya meneruskan bisikan tinta hati ini...namun....

alhamdulillah kini...saya diberi kesempatan dan waktu untuk bersua kembali dengan semua....



Dalam meneruskan roda kehidupan ini adakalanya kita berada dibawah dan adakalanya kita berada di atas namun apa yang pasti...segalanya yang pernah berlaku membuatkan kita berasa insaf dan terkesan.... begitulah juga dengan diri ini....

Suatu ketika dahulu, saya merasa megah kerana menjadi salah seorang pelajar yang cemerlang di sebuah institusi awam....namun kini saya merasa terlalu rendah diri dan kecil hati kerana kecemerlangan yang pernah saya ukirkan tidak dapat membantu...hanya sedikit....dan kerana apa saya merasa begitu???
Tatkala semua rakan2 seperjuangan saya di institusi tersebut menunggu dan terus menunggu keputusan untuk meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi....tatkala itu juga saya pun turut sama menunggu dengan penuh harapan...dan akhirnya keputusan diumumkan....natijahnya sudah pasti ada yang merasa gembira dan ada yang merasa dukacita....dan saya merupakan salah seorang yang merasa perasaan dukacita tersebut....
Permohonan saya untuk memasuki kembali mana2 institusi awam di negara Malaysia tidak menjadi kenyataan...saya merupakan salah seorang daripada beribu2 rakyat Malaysia yang menerima nasib malang....namun saya percaya...rasa berputus asa itu tidak boleh bertapak dihati saya... Oleh kerana itu, 2 hari selepas keputusan di umumkan, saya bergegas membuat rayuan...tempoh yang diberikan amat singkat...jadi saya harus bergerak pantas untuk berusaha agar proses rayuan permohonan kemasukan dapat dilakukan secepat mungkin....

Alhamdulillhah....Allah meredhai usaha saya.....walaupun saya pergi bersendirian, namun berkat doa ayah dan ibu saya sentiasa bersama....oleh itu, segala proses yang perlu dilakukan berjalan lancar dan dek kerana usaha saya dan doa dari kedua orang tua saya itu ramai yang menhulurkan tangan untuk membantu... Terima kasih kepada insan2 yang banyakmenhulurkan tangan dalam meringankan serta melancarkan proses rayuan saya... semoga jasa dan pertolongan kalian Allah akan balas di dunia dan akhirat...Amin.....Namun di situ saya berasa insaf dan amat terkesan dengan segala kepayahan, kepenatan, kesesakan dan bermacam2 hal lagi yang perlu saya tempuhi dalam menyelesaikan proses rayuan tersebut....
Doa saya....agar Allah memudahkan segala urusan dan memurahkan rezeki saya agar saya berpeluang melanjutkan pelajaran saya ke peringkat yang lebih tinggi....amin....




f@thi_hAikal
Baiti@Jannati

Saturday, April 4, 2009

TaHnIah dAn SyAbAS PM baRu

Assalamualaikum...
KaBare?? Khaifaha luk?? Ape Khabar??
Harapnya kepada semua sahabat2 yang membaca sihat sejahtera..

Julung2 kalinya dak FAthi_haikal hendak mengambil tahu dalam arena politik negara...
Semalam (Jumaat : 3 April 2009 ) berlakunya dan tercatatnya sejarah baru dalam arena politik negara Amnya dan arena politik UMNO dan kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang nie...
( BN ler 2..) di mana perlantikan baru presiden UMNO dan juga majlis menangkat sumpah sebagai PM yang ke-6 telah diadakan....

setinggi tahniah dan syabas kepada Dato' Seri Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak kerana telah di lantik menjadi persiden UMNO yang baru dan juga sebagai PM yang ke-6 yang menggantikan Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi... begitu juga tahniah kepada Tun Mahathir Muhammad yang kembali semula ke pangkuan UMNO setelah keluar darinya ketika dibawah pimpinan Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi...

Apa yang pasti sebagai rakyat Malaysia....kita sebenarnya menjadi pemerhati bebas di atas segala pergolakan dan perjalanan politik di MAlaysia...Harapan kepada pujuk pimpinan yang baru agar amanah yang Tuan/Puan pegang dapat di laksanakan sebaik mungkin....sejujur dan seikhlas yang mungkin...ingatlah apabila kita diberi amanah...maka dengan itu secara automatiknya kita meletakkan sebelah kaki kita di dalam api neraka.....maka tunaikan mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah yang diajarkan oleh junjungan besar kita NAbi Muhammad S.A.W....bukanlah mengikut acuan yang kita reka mengikut akal fikiran dan hawa nafsu kita sendiri...

Dak fathi_haikal nie tak pandai sangat dalam bab2 nie....cume...berkongsi pandangan dan harapan dari hasil pembacaan yang tak seberapa....

ok sampai sini sahaja...esok dak fathi_haikal ada test....ok....assalamualaikum.

@FAthi_haikal
GHURFATI JANNATI

Wednesday, April 1, 2009

SaRaPAn yaNG MEmBina ( AIR MATA TAUBAT )


"Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian beliau menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dan air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung-burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air mata taubatmu."

Begitulah rasa berdosa dan bersalah kepada Allah telah menyebabkan Nabi Adam menangis selama beratus tahun lamanya. Sehingga kemudiannya Allah telah menerima taubatnya dan menjadikan air yang lazat, pohon cengkih dan kayu manis daripada air mata taubatnya itu."

Bagaimana pula dengan kita. Pernahkah kita menangis apabila terbuat dosa? Sesungguhnya airmata taubat dari seseorang manusia itu boleh menyelamatkannya dari bakaran api Neraka.

Renungan..........

Bersegeralah Bertaubat.
Marilah kepada-Ku, wahai hamba-hamba-Ku,
Bersegeralah pulang, ke pangkuan-Ku,
Bersegeralah bertaubat selalu,
Aku tetap menerimamu, percayalah,
Aku tahu kamu hamba-hamba-Ku, ciptaan-Ku,
Kamu adalah lemah, kelalaian dan kealpaan adalah watakmu,
Aku mahu akuilah kelemahan itu.

Setiap kali bersalah kamu datang pada-Ku,
Kemudian mengakulah bersalah,
Menangislah di depan-Ku ,tanda penyesalan yang tidak sudah,
Kalau engkau lakukan lagi tanpa nawaitu,
Datang lagi kepada-Ku,
Mengakulah salah, menyesallah, merintihlah, menangislah,
Ketahuilah wahai hamba-hamba-Ku,
Rintihan orang yang berdosa,
Lebih Aku cintai daripada tasbih para auliya` .

Wahai hamba-hamba-Ku,
Jangan bertangguh-tangguh lagi,
Siapalah yang tidak bersalah ,kamu adalah hamba,
Tapi Aku suka orang yang mengaku salah,
Aku cinta kepada orang yang bertaubat ,
Minta ampunlah kepada-Ku wahai hamba-hamba-Ku,
Aku tetap menerimamu ,bukankah Aku Tuhanmu,
Kasih-Ku kepada hamba-hamba-Ku,
Lebih daripada seorang ibu yang kasih kepada anak-anaknya,
Begitulah kehendak Allah kepada hamba-hamba-Nya,
Mengikut keterangan Al Quran dan As Sunnah.

Tuesday, March 31, 2009

KenAnGaN AbAdI pEnCeTus RiNdu diHAtI...2..

Assalamualaukum...
masa' al khair...Selamat petang....

Seperti mana yang dak fathi_haikal nie janji kan....petang nie dia akan menyambung semula cerita yang tersangkut pada pagi td...huhuhuhu...dah x sabar nak baca??? ish3.....sabar2....ok....

ermmm...persahabatan diaowg nie pelik ckit....diaowg jarg jumpa dek banyak kekangan2 yang menghalang...diaowg lebih byk menghabiskan masa berbual melalui SMS drpd face 2 face....apatah lagi memg kedua2 diaowg ne...giler hp... dan giler SMS...so memg nie care yang paling seseuai utk diaowg bhubung....hehehehehe...agak si dak fathi_haikal nie je lah....tp memang pun...bilik dwg dah ler jauh2....satu timur dan satu barat...pastu berbeza tahap pengajian..means...semester...pastinya dak fathi _haikal yang lebih tua 2 lebih banyak kerja dan tumpuannye saharusnya diberikan pada kerja2 dia...dalam masa yang sama, dak fathi_haikal nie antara artis2 yang x beberapa popular di tempat pengajian dia..dan dia antara owg2 yang aktif berpesatuan....sama jugak dengan si empunya diri 2...dia pun sibuk dengan kerja2 dia dan komitmen2 laen...apatah lagi dia makin dikenali dek kerana keaktifan dan keramahan diri dia...so...memg tepat lah kalo dwg terpaksa berhubung begitu...

tup2...tup...time kuda kepang nie...dwg dua2 terlibat secara tidak sengaja...itu pun sebab yang menjadi ketuanya salah sorg kawan dwg...cume yang berbeza si dak fathi_haikal nie terlibat dalam pengurusan dan si empunya diri penari kuda kepang tu...pada mulanya dak fathi_haikal nie x nampak apa2 yang berfaedah dari kuda kepang itu untuk persahabatan mereka...tapi tiber2 Allah bagi ilham padanya...semuanya bermula apabila si empunya diri tu nak menarik diri dari arena kebudayaan 2... terbit dihati dak fathi_haikal nie akan peluang dia dan si empunya diri serta sorg lagi adk angkat dia berjalan2 di tempat pertandingan arena kebudayaan tu nanti...apatah lagi hanya ada satu peluang nie sahaja memandangkan dak fathi_haikal nie dah pun berada di peringkat akhir pengajiannya...

Alhamdulillah....semuanya berjalan lancar sehingga tiba hari bertolak ke arena pertandingan kebudayaan tersebut...semasa dalam perjalanan, memang dak fathi_haikal nie nampak macam si empunya diri nie kurang sihat...asyik batuk2...memang risau dia tengok...biasa lah...sebagai kawan dan abang yang x rasmi...x kan x risau langsung kot kan....huhuhuhu....tp dak fathi_haikal nie malas nak menyibuk lagi..so dia biarkan dulu si empunya diri uruskan diri dia dulu...sampai di tempat arena kebudayaan tu, dak fathi_haikal nie dapat tahu yang si empunya diri 2 demam...yelah..kat sana dwg x duduk sekali...x nak nanti mulut2 berpuaka mula berbicara.... susah dan getir lagi kehidupan....memang time dapat tahu 2...tgk si empunya diri nie matanya merah macam biji saga...takut dak fathi_haikal ni tengok...nampak sangat panas dalam badan dia tu kuat...pastu memang nampak jelas giler si empunya diri 2 lemah dan tak larat...tp biasa lah...lelaki..ego lebih kuat kan...dia memang gagahkan diri ikut aktiviti malam tu...so, bler dak fathi_haikal nie dah nampak macam tu di depan mata dia, apa lagi...memang dia risau giler la...so...dia suh gak si empunya diri 2 pergi klinik n amik ubat...sepanjang si empunya diri 2 sakit...memang dak fathi_haikal nie jaga dia lebih dari adik sendiri kat rumah...( sebab adk2 kat rumah mak ada jaga..dak fathi_haikal nie juz tlg sikit2 jer..hehehehe...) dia dah x kisah berapa jumlah duit yang keluar, keserabutan kepala menguruskan urusan2 yang perlu diuruskan dan kepenatan badan dan otak pada masa 2...apa yang penting....dia nak si empunya diri 2 sihat cepat dan boleh menari pada malam sepatutnya dia menari...

ermmm....kesan dari 2 yang dak fathi_haikal nie nak kongsi kan dengan sahabat2 semua... time si empunya diri 2 sakit ler...dak fathi_haikal nie rasa time yang paling rapat dengan si empunya diri 2...memang dak fathi_haikal nie rasa bersyukur sangat....tambah pulak penerimaan dia ketika tu, memang rasa diri dak fathi_haikal 2 dihargai...betul lah kata orang...jika kita buat baik pada orang dengan ikhlas...segala kesusahan dan kepenatan serta kepayahan yang kita rasa akan hilang begitu sajer....

cumer sekarang nie...biler semuanya dah berakhir dan berlalu...semuanya kembali kepada asal...kembali seperti sedia kala....3 bulan lebih...jangka masa yang dak fathi_haikal dan si empunya diri serta rakan2 sepasukan mereka menghabiskan masa bersama akan sentiasa terpahat dalam memori dak fathi_haikal....air mata dak fathi_haikal nie rasanya dah kering dan x mampu keluar lagi menangisi berakhir semua nie.. ntah kenapa dak fathi_haikal nie rasa sedih sangat....mungkin sebab nie yang terakhir kot...apatah lagi...memang yang terakhir buat dak fathi_haikal dan si empunya diri....ermmm...skrg pun....msg2 buat hal yang tersendiri...selesaikan ap2 perkara yang tertangguh.....dan memulakan balik menghayati kehidupan malam kitaowg yang dah hilang selama 3 bulan lalu....huhuhuhu...

dan.... di antara dak fathi_haikal dan si empunya diri....susah untuk dikatakan....semakin complicated...sebabnya...memang tak dapat diragukan lagi...terbit satu ruang kasih sayang dalam hati dak Fathi_haikal nie terhadap si empunya diri....kasih dari abang terhadap adiknya...itu sahaja dan tak lebih2 ek.....takut jugak untuk menulis....takut di salah anggap oleh pihak2 berhaluan kiri....dan ini pernah di ceritakan sendiri kepada penulis....begitu jugak hal seterusnya nie...dari kata hati dak fathi_haikal itu sendiri.. agak tersentuh ler mendengar ketika itu.... katanya teringin dia dengar dari mulut si empunya diri tu sendiri...menawarkan diri secara ikhlasnya jd adik dia secara rasmi...si empunya diri tu datang lepak dan sembang2 kat bilik dak fathi_haikal....keluar makan....study...pendek kata habiskan masa bersama ler....namun....dak fathi_haikal nie sedar mungkin susah untuk menjadi realiti apa yang diimpikan itu... masa yang tinggal semakin singkat.... sepanjang seminggu yang lalu pun, dak fathi_haikal nie menguji si empunya diri dengan menghantar msj2 kepadanya melalui SMS...sesajer je....tiap2 hari...pagi...or petang...or malam...asal ada terlintas di fikiran dak fathi_haikal nie jer tentang si empunya diri... or nampak si empunya diri dimana2...wpun dari jauh...pasti akan dihantar msj padanya... namun....memang msj tu hampir kesemuanya di balas...cume...berbeza....berbeza dengan keadaan mcj2 sebelum nie...mcj2nya pendek dan ringkas dan sekadar menjawab persoalan2 dak fathi_haikal.... ermmm...susah....nak tafsirkan pada keadaan2 msj 2 dibalas tp cukup membuatkan dak fathi_haikal nie sedar....si empunya diri tidak seronok, gembira, ikhlas, dan sekadar membals untuk menjaga hati dak fathi_haikal...opppssss...ingat yer...ini juz...anggapan dak fathi haikal...yang betoinya....jawapan kenapa si empunya diri 2 begitu hanya ada padanya...tp satu jer perkara yang dak fathi_haikal nie harapkan...baek dari segi persahabatan...perhubungan adik beradik angkat ker....perhubungan kekeluargaan ker...perhubungan dengan awek ker dsbnya....harapannya agar keikhlasan yang menjadi utama...jika ada perkara yang tidak berpuas hati...cakap ler dengan dak fathi_haikal nie secara terus terang...jika tak suka...cakap lah tak suka....sakit berterus terang tu memanglah perit tp hanyalah seketika sahaja....bebanding jika bermuka2 di depan tp biler di belakang kutuk2 or sebagainya....keperitan biler mengetahuinya sangat perit dan akan berbekas dalam hati...harapan dak fathi_haikal biarlah dia dan si empunya diri or sahabat2 yang lain.....di jauhkan dari perkara mcm 2....kalo tak bleh rosak persahabatan.....

xpelah....sahabat2 sekalian....mungkin dak fathi_haikal nie terbang terlalu tinggi dalam menggapai impiannya..takut nanti tiba2 terjatuh pasti parah....so sebelum betoi2 jatuh, baek dia rendah2kan tahap ketinggiannya secara berperingkat2...kan3...???huhuhu....

ok lah...itu ler serba ringkas...perkara yang ingin di kongsikan....insya Allah if ada masa terluang, kita akan jumpa lagi ek....ok....Assaalmualaikum... ( TAmmAT ler kisah KenAnGaN AbAdI pEnCeTus RiNdu diHAtI...1 & 2..)

@FAthi_haikal
GHURFATI JANNATI

Monday, March 30, 2009

SaRaPAn yaNG MEmBinA ( MULAKANLAH DARI DIRI SENDIRI )

Tidak ada orang perseorangan atau golongan yang suka dengan kecurian, penipuan, kidnap, rompakan dan pembunuhan. Tidak ada yang suka berlaku rogol, vandalisme, mengganggu ketenteraman awam, khianat, peras ugut dan lain-lain jenayah. Lebih-lebih lagi yang tidak suka itu adalah orang kaya, yang berkuasa, korporat-korporat, orang-orang mewah dan senang hidupnya.

Tetapi mereka lupa adakalanya mereka juga menyumbang gejala masyarakat yang tidak sihat yang sungguh menyusahkan dan menakutkan. Mereka takut dengan kejadian-kejadian yang menakutkan itu tetapi secara sedar atau tidak sedar mereka juga menyumbang ke arah itu.

1. Sombong orang kaya orang membalas dendam, mereka rompak atau membuat gangguan-gangguan.
2. Bakhil orang kaya itulah mereka curi atau rompak.
3. Tidak berperikemanusiaan pihak berkuasa itulah adakalanya mereka membuat kerosakan kerana sakit hati dan dendam kesumat.

Mereka itu sudah tidak beragama, takut dengan Tuhan sudah tidak ada, mudah mereka membalasnya. Kalau ada orang-orang yang hidupnya mewah dan senang, ada harta dan kuasa yang sama-sama juga tidak takutkan Tuhan apa pula mereka hendak takut hendak membuat aniaya kepada mereka.

Sebenarnya kalau kita analisa dan teliti dengan adil dan saksama kerana kejahatan juga ada tindakan balas. Jenayah yang berlaku, gejala masyarakat yang negatif terjadi daripada pertarungan di antara orang kaya dengan yang tidak punya. Peperangan secara tidak sedar di antara orang susah dengan orang senang, lahir jenayah. Hasil krisis moral di antara golongan atas dengan golongan bawahan lahirlah kerja-kerja tidak bermoral. Dendam secara senyap-senyap di antara rakyat biasa dengan orang yang berkuasa dan orang yang kaya terjadi gejala yang bahaya.

Ertinya adakalanya kejahatan orang oleh kerana kejahatan kita yang tidak disenangi orang. Kejahatan dibalas dengan kejahatan, cuma bentuk kejahatan itu sahaja yang tidak sama di antara orang susah dengan orang senang. Oleh itu kalau kita hendak membaiki masyarakat, kenalah kita juga baik kerana kalau kita juga jahat macam mana hendak membaiki masyarakat yang sudah jahat. Yang hendak dipulihkan jahat, yang memulihkan pun jahat, mana ada berkat. Jahat campur jahat jadilah masyarakat bertambah jahat.

Justeru itu, semua kita kena mengambil tanggungjawab untuk sama-sama memperbaiki diri, bila mana semua masyarakat menjadi baik, maka transformasi akan berlaku tanpa dikaedah-kaedah dan diteknik-teknikkan lagi. Ia akan berlaku secara semulajadi. Malah pemimpin yang baik sudah tentu akan secara automatiknya juga lahir dari masyarakat yang baik ini, tidak perlu lagi retorik dan politik....

Ermmm....Dak Fathi_haikal nie insaf apabila membacanya...ada betul jga kata2 nie.... sama2 kita renung2kan....

@Fathi_haikal 2009
GHURFATI JANNATI